Saturday, November 14, 2009

SunYiNyeRRRrrr!!! BoSaN puN aDa!!!

Saturday, November 14, 2009 0
Minggu nie agak bosan laaaa... sebabnya biasalah, takde EPL punya pasal arr nehhh!!! Huhuuuu, apakan daya, dah dijadualkan sedemikian rupa maka terpaksalah peminat² bolasepak tegar macam aku ni akur dengan keadaan camnie.

Kebanyakan pemain sibuk dengan tugasan persiapan kelayakan Piala Dunia 2010 dan juga perlawanan² persahabatan antara negara² yang dah pun layak. Paling best rasanya perlawanan persahabatan antara juara dunia 5 kali iaitu Brazil, menentang England yang akan berlangsung di Doha, Qatar... jam 1.00pagi waktu Malaysia 15 November... Haaaaa, malam kang arrrr!!! Kompom ada live kat Astro punya...

Jadi kepada kaki² bola, at least terubat gak nak tengok aksi² menarik EPL dengan sajian friendly match malam kang... so apalagi, standby le pape yang patut... kacang Ngan Yin ker, kopok ker... baru ada kick!!! Hahahahahaaaa...

Monday, November 9, 2009

Chelsea 1- 0 United!!!

Monday, November 9, 2009 2

Malam tadi nyata jutaan peminat dan penyokong setia Manchester United kecewa dengan keputusan perlawanan dengan Chelsea... di mana gol kontroversi hasil jaringan John Terry memberikan The Blues kemenangan berharga dengan jaringan 1-0...

Bagi aku musim nie sememangnya team pebret aku tetap maintain jek tahap kecemerlangan mereka, masih lagi terlalu awal untuk persoalkan siap yang mampu menjuarai EPL musim 2009/2010 nie... Persaingan hebat bagi aku hanya dari Chelsea dan Arsenal aje untuk ketika nie... Nak harapkan team lain rasanya mungkin akan nampak selepas Januari nanti...

M.U masih lagi hebat dengan persembahan malam tadi walaupun tewas... Syabas buat Chelsea dan lepas nie fokus akan ke arah pertemuan pasukan negara² yang akan beraksi dalam play off kelayakan Piala Dunia... so EPL berehat kejap lepas nie... Huh! Nie yang bosanova nehhhh!!!


Thursday, October 29, 2009

BaRnSLeY 0 - 2 UniTeD!!!

Thursday, October 29, 2009 0

Kemenangan 2-0 ke atas Barnsley sudahpun menjanjikan tempat suku akhir buat United. Gol hasil jaringan Wellbeck dan Owen ternyata amat berharga dalam perlawanan yang turut menyaksikan Gary Neville dilayangkan kad merah... Nampaknya musim nie team pebret aku gemar sangat kumpul kad merah nie... Takpe, yang penting rentak kemenangan perlu diteruskan!!!

Misi seterusnya untuk bulan nie ialah perlawanan EPL pulak dan kali nie Blackburn Rovers bakal menjadi tetamu kepada Old Trafford.... Tungggguuuuuu.......!!!

Tuesday, October 27, 2009

CarliNg CuP 4tH RoUnD!!!

Tuesday, October 27, 2009 0
Awal pagi nanti, jam 3.45pagi... Manchester United akan bertandang ke Oakwell untuk berdepan dengan team Barnsley bagi perlawanan Carling Cup 4th Round...

Dijangkakan Gabriel Obertan bakal membuat penampilan sulungnya untuk perlawanan nanti... Sayangnya aku pulak tak dapat nak tengok live sebab masih lagi shift malam. Apapun, all the best for all my heroes... Glory glory forever!!!

Monday, October 26, 2009

The Reds 2 - 0 Red Devils

Monday, October 26, 2009 0
M.U tewas buat kali pertama sejak kekalahan 1-0 kepada Burnley pada Ogos lalu... kali ini dengan seteru utamanya yang turut berkongsi kaler pebret iaitu merah lerrrr... Tewas 2-0 kepada Liverpool menjadikan kedudukan M.U turun ke tangga kedua dibelakang Chelsea dalam carta EPL minggu nie... Apapun, sikit pun aku tak rasa ralat dengan keputusan semalam sebab kebanyakan peminat dah pun menduganya terlebih dahulu... Kalau ler Liverpool kalah, dah tentu semakin tenat jadinya team lawan tersebut... Hahahaaaa... Apapun tahniah buat The Reds...

Komen Sir Alex selepas perlawanan pun nampaknya macam tak kisah pun dengan kekalahan semalam, sama gak semasa kekalahan semasa pertemuan dengan Burnley awal musim hari tu...

Lepas ni pulak perlawanan Carling Cup menyusul... Berdepan dengan Barnsley... dan aku yakin Sir Alex akan membuat kejutan sekali lagi dengan menurunkan barisan pemain bukan dari kalangan senior... Takpe, aku tahu Sir Alex pastinya inginkan barisan pemain muda United turut mendapat pendedahan yang cukup untuk menjadikan mereka bintang² masa depan...

Wait n see the next result... Lalalalalalalaaaaa...

Glory Glory Manchester United!!!

Saturday, October 24, 2009

AnFieLd... HeRe We CoMes!!!

Saturday, October 24, 2009 2
Malam esok merupakan antara malam yang ditunggu² oleh peminat EPL seluruh dunia... Perlawanan dua musuh utama iaitu Liverpool dan Manchester United dalam kancah EPL bakal disajikan kepada semua bermula jam 10.00mlm esok... tapiiiiiiiiiiiiiii, aku jugak yang tak berpeluang nak tengok game malam esok sebab masuk keje jam 7.00mlm. Huh!!! Sabo je arrrrr...

M.U dengan rentak kemenangan demi kemenangan akan berkunjung ke Anfield untuk misi balas dendam kekalahan musim lepas... manakala Liverpool pulak nampak gayanya terhoyong hayang dengan 4 kekalahan berturut²... dan andaikata Liverpool kalah jugak untuk game malam esok, sejarah separuh abad untuk Liverpool la nampaknye.... Tapi aku rasa pasti keputusan memihak kepada mereka nanti... Huhuhuuuuu...

Setakat ni bagi aku M.U kalah atau menang tak jadi persoalan, cuma aku harapkan pemain² utama yang tercedera kembali cergas seperti selalu... Walaupun tanpa kelibat Rooney, Park Ji Sung mahupun Fletcher... M.U tetap berjaya menghasilkan kemenangan untuk game² lepas dan yang terbaru ni kemenangan ke atas CSKA Moscow tu... Enjoy sangat² tengok game mlm tu!

Thursday, October 1, 2009

United 2 Wolfsburg 1

Thursday, October 1, 2009 0
Hmmmm... Apa lagi nak dikatakan, selain rasa happy yang sangat² bila tengok team pebret aku berjaya gak menjinakkan Wolfsburg di Old Trafford awal pagi tadi. Walaupun ketinggalan 1 gol namun M.U tetap keje keras untuk memastikan 3 mata berharga dan seterusnya mendahului Kumpulan B dalam UEFA Champions League kali nie...

Gol dari veteran hebat, Ryan Giggs dan sepakan volley menarik dari Carrick membolehkan M.U menang 2-1 dan seperti yang aku jangkakan, ternyata corak permainan Wolfsburg juga nampak menarik.

Apapun, dah menang... hati pun manyak senanggggggggg!!! Lalalalalaaaa....
Your Ad Here
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Distributed by Deluxe Templates